Wednesday, 26 April 2017

MISI ZIARAH AMAL KASIH PAITAN

Misi Ziarah Amal Kasih Paitan II

Keluarga Misi Ziarah Kasih Paitan II

Paitan, 24-26/03/2017. Keluarga Pendoa Syafaat Kerahiman Ilahi telah menganjurkan satu Misi Ziarah Kasih Paitan yang ke-2. Misi ini telah di sertai seramai 80orang peserta yang datangnya dari pelbagai tempat/kawasan yang merangkumi tiga Keuskupan di Sabah, pelbagai daerah, keperibadiaan dan berbeza bangsa dan budaya tetapi mempunyai misi yang 1 dan kepercayaan yang sama iaitu Yesus Kristus penyalamat dunia. Misi ini merangkumi 10 buah kampung, antaranya Kg.Dalamas, Kg.Penubukon, Kg.Batangon, Kg.Koiboton, Kg.Tawanon, Kg.Timpus, Kg.Tangkarason dan lain-lain. 


OBJEKTIF ZIARAH AMAL KASIH MISI PAITAN II
1.      Aktiviti Ziarah Amal Kasih semperna masa prapaska
2.      Memperkongsikan mesej Belas Kasihan Tuhan melalui 5 Elemen Devosi Kerahiman Ilahi.
3.      Pesta Agung Kerahiman Ilahi. (Bersama-sama umat untuk persiapan penuh menyambut Pesta Agung Kerahiman Ilahi)
4.      Novena 9 hari sebelum Pesta Agung Kerahiman Ilahi.
5.      Meneruskan Misi I           
6.      Misi II sebagai salah satu Amal Belas Kasih dalam Prapaska.
7.      Peserta ziarah mengalami Misi secara peribadi.
8.      Memperkongsikan dan mengajak umat hidup dalam Dia khususnya menjadi Pendoa Syafaat.
9.      Impian Misi Paitan – untuk menjadikan Paitan sebagai sebuah Paroki Kerahiman Ilahi di Keuskupan Sandakan.


Dalam misi kali ini, saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengalaman dan beberapa info yang saya perolehi semasa misi ini dijalankan. Misi ini merupakan satu pengalaman saya yang tidak dapat di jual beli dan akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya. Sebelum saya mengikuti kumpulan ini, Tuhan Yesus telah memakai seorang Insan yang bernama Anti Maria dari Telipok yang telah mengajak saya untuk menyertai kumpulan mereka, pada ketika itu saya sungguh-sungguh bersukacita dan bergembira kerana dipilih untuk menyertai misi mereka. Mari kawan-kawan, saya akan membawa anda semua ke misi yang telah saya sertai dengan hati yang bersukacita dan penuh belas kasihan seperti Bapa.


ST.CLARIE, KAMPUNG DALAMAS

Cerita asal Usul Kg.Dalamas
(Sumber dari penduduk Kg.Dalamas)

Dalam misi Paitan II, saya dipangil untuk menyertai misi ke Kg.Dalamas. Sebelum itu, mari saya ceritakan serba sedikit mengenai kampung ini yang dapat saya perolehi dari orang-orang kampung.  Menurut cerita orang dahulu kala, Dalamas berasal dari batu yang begitu banyak dan terdapat di merata-rata didalam sungai Selingga, apabila ia cetek batu-batu tersebut kelihatan dan perahu-perahu sukar untuk melaluinya. Batu-batu itu juga berbentuk sangat licin dan besar, hal ini menyukarkan penduduk kampung untuk melalui sungai tersebut, lebih-lebih lagi ketika air surut.

Sumber cerita lain pula, pada zaham dahulu ada seorang tua yang cacat telah turun ke sungai Selingga untuk mendi. Permukaan sungai Selingga terkenal kerana mempunyai batu-batu yang banyak besar dan licin. Secara tidak sengaja orang tua itu terjatuh kerana keadaan permukaan batu-batu yang licin ke dalam sungai, lalu mati lemas. Oleh yang demikian kawasan tersebut telah di panggil sebagai Kg.Dalamas semperna kejadian tersebut. 

Mejoriti penduduk Kg.Dalamas adalah berbangsa suku kaum Sungai. Keseluruhan penduduk Kg.Dalamas adalah beragama Katolik dan ada juga sebilangan yang beragama Islam dan Protestant . Seramai 73 keluarga merupakan keluarga Katolik dan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 keluarga adalah Muslim dan protestant. Walaubagaimana pun, perkahwinan campur (Katolik + Christian dominasi yang lain + tiada agama) sering berlaku sejak kebelakangan ini. Hal ini telah menyebabkan kesukaran di dalam pemberkataan perkahwinan dan pembaptisan kanak-kanak katolik.

Chapel St.Clarie telah dibina hasil kerjasama umat dan Kat.Dominik serta Isteri beliau, Rimah. Umat bersama-sama bergotong-royong mendirikan chaple dengan diketuahi oleh Kat.Dominik. Sumber wang pungutan persembahan digunakan, setiap minggu untuk membeli minyak membelah kayu, sementara umat-umat yang lain bekerjasama untuk mengangkat kayu dan membuat tiang kayu Chapel.

Asal chapel dahulu sekitar 90an bertapak di (Kutaas) Dalamas. Chapel tersebuat diperbuat daripada bambu dan kayu-kayu bulat, katekis ketika itu ialah Kat.Lucas dan Kat.Dominik sebagai pembantu. Dua Tahun kemudian, Kat.Dominik dan Kat.Lucas bercuti menjadi Katekis (Kat.Dominik pergi bekerja di Estet), pada saat itu chapel kambali tidak aktif dan umat kembali tidak ada arah dalam kehidupan Kristian. Selepas dua tahun berlalu, Kat.Dominik kembali menjadi umat biasa dan bersama beberapa umat berdoa di chapel pada setiap hari minggu. Pada satu ketika, pada saat Tuhan memakai Kat.Saimin dengan mengajak Kat.Dominik pergi ke Sandakan dan sekembalinya mereka, Kat.Dominik pun kembali bertugas sebagai Katekis di Dalamas. Kat.Dominik kembali membina chapel bersama-sama umat yang tinggal di kawasan (Kutaas) Dalamas. Iaitu chapel yang sekarang. Saat itu, semakin hari umat semakin bertambah dan bertambah sehinggalah hari ini.

Apabila Paitan semakin memerlukan bantuan, maka datanglah Sr.Clarie sebagai Sister pertama yang tingal di Dalamas dan dengan bantuan katekis dan beberapa umat, convent pun wujud dan bertapak di Dalamas. Selepas itu, Sr.Clarie telah berpindah dan digantikan oleh Sr.Gabrine.
Seterusnya diganti pula oleh Sr.Liliana, Sr.Hilari, dan Sr. Dorothy, merupakan sister terakhir yang tinggal di Dalamas. Sejak Sr.Dorothy berpindahke Kg.Sulit, Dalamas tidak mempunyai sister lagi. Kini yang mengurus Convent adalah isteri katikis Dominik iaitu Pn.Rimah @ Naimie. Father yang pertama bertugas di Paitan Mission ialah Fr.Simon William dan diganti oleh Fr.Simon Kontou dan kini Fr.Thomas Makajil. 



HARI PERTAMA MISI


Pada jm 8.00pagi perjalanan misi bermula, bertolak dari Gereja Secret Heart Kota Kinabalu dan sampai di Pusat pengumpulan di Bingkoka pada jam 12.15pm. Di pusat pengumpulan Bingkoka, semua peserta berkumpul untuk makan tengah hari. Selepas itu, semua peserta berkumpul untuk pembahagian kumpulan dan mendengar taklimat ringkas dari ketua misi iaitu Sis.Winnie. Sebelum berangkat ke distinasi masing-masing, pembahagian barang-barang kudus dan keperluan diberikan mengikut setiap kumpulan. 

 Pemberkatan di Gereja Secret Heart Kota Kinabalu

 Pemberkatan umat dari Paroki Labuan

Pemberkataan Umat dari Gereja Holy Family Telipok


Pusat Pengumpulan Bengkoka, Pitas.



Makan Tengah Hari bersama-sama semua peserta Ziarah




Taklimat Ringkas dan pembahaagian Kumpulan oleh Sis.Winnie








Pembahagian barang-barang Kudus 


 












Jam 2.00pm, perjalanan diteruskan ke Paitan dengan perasaan yang bercampur baur dihati. Setiap kumpulan di turunkan di setiap kawasan masing-masing. Kumpulan kami sampai di Jeti sungai Paitan ke kampung Dalamas lebih kurang dalam jam 3.30petang. Seperti biasa semua ahli kumpulan menggumpulkan barang-barang keperluan dan peribadi ke kawasan Jeti untuk dibawa ke kampung Dalamas. Kami disambut oleh Kat.Domenik dan 2 orang lagi penduduk kampung Dalamas. Mereka menyediakan 3 buah bot untuk kami menuju ke kampung mereka. Sebuah bot kami muatkan barang-barang dan 2 buah bot lagi digunakan untuk memuatkan penumpang. Sebuah bot boleh memuatkan 6 orang penumpang dan seorang juru pandu.






























Lebih kurang jam 5.00petang kami sampai di Jeti Kampung Dalamas (Masa yang di ambil untuk sampai ke distinasi adalah sekurang-kurangnya 45minit hingga 1jam). Ketibaan kami disambut oleh kanak-kanak kampung sambil tersenyum mesra melihat kami. Kanak-kanak dan belia kampung Dalamas membantu kami memungah barang-barang yang kami bawa ke pusat misi Kg.Dalamas.
































Sesudah selesai mengangkat barang-barang ke rumah pusat misi Dalamas, kami diberi peluang mengikuti salah seorang penduduk kampung merambat ikan & udang di kawasan sungai berhampiran. Dia mengatakan bahawa sekarang bukanlah musim ikan atau udang dan hasil merambat tidak begitu memberangsangkan, tetapi syukur puji Tuhan kami sempat merasa dan melalui detik-detik menjadi nelayan walaupun hanya beberapa minit di atas sampan.







Waktu petang hari,semasa penyediaan makan malam, para belia kampung dalamas menghulurkan bantuan membantu bersama-sama kumpulan kami di dalam penyediaan makan malam. Bekerja sama dalam segalah hal, ringan sama di jinjing berat sama dipikul. Terdapat pelbagai jenis makanan kampung yang disediakan termasuk ulam pucuk ubi, ikan masin dan sebagainya.



















Pada jam7.30petang, kami adakan sesi pertama kali bersama umat-umat St.Clarie, Kg.dalamas. Pada sesi malam, umat diberi penerangan ringkas mengenai cara berdoa chaplet novena kerahiman ilahi dan saat ini juga berdoa bersama-sama umat yang dipimpin oleh sis Rohani di chaple tersebut. Selepas itu, para umat diberi penerangan ringkas oleh sis Winnie.
























Aktiviti malam bersama umat berakhir pada jam 9.00 malam dan kami kembali ke tempat kediaman kami dan makan malam bersama-sama. Selepas itu, selesai menguruskan diri masing-masing kami kembali berkumpul di dalam satu kumpulan untuk berbincang aktiviti keesokkannya dan kami teruskan dengan perkongsian peribadi, kupi-kupi style sehingga larut malam… 







  


HARI KEDUA MISI


Seawal jam 7.00 pagi saya dan seorang kawan sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan Kg. Dalamas yang indah dan begitu sejuk mata memandang. Suasana Kampung yang nyaman dengan bunyi burung-burung yang berkicawan diawal pagi tanpa bunyi kenderaan yang menyakitkan telinga. Saya dapat menikmati keindahan Kampung bersama-sama dengan kanak-kanak Kg.Dalamas yang begitu mesra mengajak kami berjalan bersama-sama melintasi beberapa rumah orang kampung. Bertegur sapa dengan hormat serta memberi salam, satu kemestian dari kami sebagai pendatang ke kampung tersebut. Kami berjalan kegirangan bersama kanak-kanak yang begitu gembira dengan kehadiran kami di tempat tersebut. 









Sesi pertama bermula pada jam 9.00am di Chaple St.Clarie. Seramai 56 orang yang hadir termasuk kanak-kanak, belia dan orang dewasa. Sesi kami yang pertama di mulai dengan nyanyi puji-pujian yang di kendalikan oleh belia St.Clare. Seterusnya doa pembukaan di pimpin oleh Katekis Dominik dan pembacaan injil oleh Bro.Brad. Sesi diteruskan dengan perkongsiaan 5 element Kerahiman Ilahi oleh Bro.Philimus. Bro.Philimon telah menerangkan sejelas jelasnya berserta contoh-contoh yang relevent agar umat dapat memahami konsep 5 element kerahiman ilahi yang harus difahami oleh umat itu sendiri. 






Selepas bacaan Injil Harian berakhir, kanak-kanak pula telah beredar dari Chaple dan mereka diletakkan di rumah misi paitan untuk aktiviti kanak-kanak yang telah disediakan oleh beberapa ahli kumpulan agar perkongsian para dewasa boleh berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari kanak-kanan. Sis.Irene mengetuai untuk aktiviti kanak-kanak. Mereka mengajak kanak-kanak bernyanyi bersama-sama, mengajar mereka cara berdoa, memberi perkongsian doa Kerahiman dan cara menghormati image Kerahiman Ilahi. Selain itu mereka juga memberi kuiz alkitab kepada kanak-kanak dan memberi goodies/cenderamata kepada mereka.


















Sesi kedua, telah bermula pada jam 11.00am yang telah dikendalikan oleh Sis. Winnie. Sis Winnie telah memberi penerangan lengkap tentang pendoa syafaat dan telah memperkongsikan tentang persiapan dan rahmat-rahmat pesta agung Kerahiman Ilahi. Sis Winnie telah menerangkan kepada umat tentang persiapan penuh 9 hari novena sebelum manyambut kedatangan Pesta Kerahiman Ilahi.











Seterusnya sesi perkongsian umat.
Pertama perkongsia dari wakil belia iaitu saudari Serina (24). Wakil dari bapa saudara Jami Jamain (48).Wakil dari Ibu saudari Hayah Sependut dan Wakil dari katikis iaitu Katekit Dominik (51). Perkongsian daripada Ibu Hayah Sependut menyentuh hati kami kerana walaupun beliau seorang yang buta huruf dan lanjut usia, tetapi beliau sanggup menyeberangi sunggai setiap jam 3 petang untuk mencari anak-anak muda untuk membantunya berdoa. Apabila ditanya, mengapa beliau melakukan sedemikian rupa, dia mengatakan bahawa dia ingin mendekatkan diri dengan Tuhan sambil mengalirkan air mata tanda keikhlasan yang lahir dari hati.






Pemberian istimewah kepada umat-umat yang memerlukan. Pemberian ini untuk memudahkan para mereka yang buta huruf dan tidak pandai membaca. Alat bantuan doa ini berbentuk Digital Radio. Alat ini boleh membantu mereka dalam berdoa dan mendengar sabda-sabda Allah yang telah tersedia dengan hanya menekan butang tertentu pada alat tersebut.







Pembagiaan barang-barang kudus kepada umat-umat di St.Clarie Dalamas.










Pemberian bantuan ubat-ubatan kepada umat yang memerlukan agar mereka dapat menjaga kesihatan mereka. Antara ubat-ubat yang diberi seperti Vitamin, Ubat Cacing dan Penadol.






Sebelum makan tengahari, sesi perkongsian di tutup dengan pimpinan doa oleh Katikis Dominik serta dengan doa makan tengahari bersama-sama dengan umat.
















Sesi bergambar kenang-kenangan bersama umat St.Clare Dalamas.








Pada tepat jam 3.00pm kami berdoa jam tiga bersam-sama umat yang berada di Chaple. Jam 3.40pm kami semua bersiap sedia untuk meninggalkan Kg.Dalamas dan bertolak ke Jeti untuk kembali ke Pusat Misi Paitan, Sukang. Perasaan sedih tetap terukir dihati, seperti tidak ingin meninggalkan umat-umat dan tempat tersebut, walaubagaimana pun kami tetap akur dengan tanggungjawab dan misi kami untuk terus ke Pusat Misi Paitan..































Sepanjang misi ini, kami semua bukan sahaja mengalami misi itu sendiri tetapi juga program ini telah mengwujudkan nilai belas kasih serta hubungan yang rapat antara kami sendiri dan juga umat-umat yang telah kami lawati. Semoga Tuhan Yesus terus memberkati umat-umat St.Clarie Dalamas dan juga terus melindungi mereka serta memberi kekuatan kepada kami agar dapat terus bekerja menjadi tentera-tenteranya yang kuat dan setia. 



HARI KETIGA MISI

Hari ketiga, kami memulakan hari kami dengan persiapaan Misa Kudus pada jam 9.00 pagi yang akan di selebrantkan oleh Fathar Thomas Makajil. Misa Kudus berjalan dengan sangat baik sekali. Sebelum Misa Kudus diakhiri, Sis Winnie dijemput sebagai ketua Misi untuk memberi beberapa ucapan kepada umat-umat yang hadir pada hari tersebut. 







Selepas Misa Kudus kami bergambar untuk kenang-kenangan diluar gereja bersama semua peserta Misi. 

































Pada jam 11.30pagi, kami menjamu selera untuk makan tengah hari sebelum berangkat pulang ke tempat masing-masing. Tempat ini akan menjadi satu kenangan yang manis untuk kami semua yang telah melalui banyak peristiwa-peristiwa, walaupun iahanya beberapa hari tetapi sanggat bermakna. Semoga Tuhan Yesus tetap bersama-sama kami kini, sekarang dan selama-lamanya. Royoho Tuhan !!






















Salam Kasih dalam Kristus Tuhan...



No comments:

Post a Comment