Gereja St.Mary Mother of God, Topokon, Tuaran. 28hb,29hb dan 30hb . 04 . 2017. Seminar Penyembuhan Batin yang telah di kelolakan oleh kumpulan CCR Topokon, Tuaran. Penceramah hebat yang telah dijemput khas utuk Retreat Penyembuhan Batin ini ialah Bapa Maurice Awit. Sekitar 300 peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai seminar penyembuhan ini. Dapat dilihat betapa ramainya umat yang memerlukan penyembuhan dari luka-luka batin mereka..
Saya telah menyertai retreat ini bersama dua rakan, dengan ajakan daripada Ibu Maria di mana kami bersama-sama di dalam kumpulan pendoa syafaat dan juga bersama-sama di dalam kumpulan CCR Telipok. Apabila beliau mengajak tanpa berfikir saya terus memberi nama dan mengatakan YAH untuk penyertaan retreat tersebut. Sekian lama, saya juga merasakan terlalu banyak luka-luka batin yang harus di sebuhkan agar saya terus dapat meneruskan kehidupan tanpa luka-luka tersebut. Bagi saya, luka-luka batin inilah yang membuatkan kita cepat berputus asa, tidak percaya pada diri sendiri dan mudah melalukan pelangarah-pelangaran yang telah Tuhan berikan di dalam 10 Hukum Allah (Keluaran 20:1-17). Melalui retret ini saya berdoa agar Tuhan tetap memperkukuhkan iman ku kepada JURUSELAMAT kita dan tetap percaya kepadanya.
HARI PERTAMA retreat kami sampai di kawasan gereja sekurang-kurangnya sekitar jam 7mlm. Reteat tersebut bermula sekitar jam 5pm dengan misa pembukaan, saya terpaksa datang lewat disebabkan hal pekerjaan dan kesesakan lalu lintas serta kedudukan gereja juga tidak diketauhi( 1st time katakan), tetapi saya percaya Tuhan mempunyi rencananya yang indah untuk saya menyertai retreat ini. "Rencana Tuhan selalu lebih 'indah' dan lebih 'luas' dari rencanaku". (Denny Hermawan Lompo). Yah! memang betul saya percaya rencana Tuhan itu Hebat dan Berkuasa. Sesampai saja kami di perkarangan gereja kami mendaftarkan diri dan Ibu Maria terus bertemu dangan kami dan membawa kami menjamu selerah terlebih dahulu sebelum menyertai sesi pertama di dalam Gereja. Sesi pertama yang di sampaikan oleh Bapa Maurice Awit ialah Cinta Kasih Tuhan Yang Menyalamatkan. Di dalam perkongsian ini, Bapa Maurice menegaskan bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat kita seperti mana yang tercatat di dalam Yohanes 13:13 "Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan". Di dalam perkongsiaan ini saya terus teringat beberapa vedio kutbah yang selalu saya lihat dari Dr. Zakir Naik dan beberapa ulama yang lain yang mengatakan "In the bible the are no words that Yesus said, "i'm God". Mungkinkah? bah, mari kita renung-renungkan yah... Selepas selesai sesi untuk hari pertama, kami tinggal bersama-sama keluarga angkat masing-masing. Kami tinggal dengan keluarga Ibu Maria, keluarganya sangat sporting, murah hati dan happening ni tingal di rumah keluarga mereka. Setiap malam kami sempat berkumpul untuk berdoa Kerahiman Ilahi sebelum tidur malam.
Banyak betul pula, yang saya mahu kongsikan, tadi rasa macam mahu buat seringkas yang boleh. Bah saya ringkaskanlah, pada HARI KEDUA sesi berjalan seperti yang di rencanakan berjalan dengan lancar. Hari kedua lebih memfokuskan kepada Mengenali, mengetauhi masalah dan luka-luka Batin serta penyembuhannya pada lewat malam. Untuk kali pertama saya menyertai sesi ini dan melihat banyak terbaring di lantai juga lah. Dan HARI KETIGA, pula lebih memfokuskan kepada pengutusan/berseruh kepada Roh Kudus. Sebelum bermulanya sesi hari ketiga, awal pagi dimulakan doa rosary dan seterusnya Misa Kudus yang di celebrantkan oleh Fr. Abel Madisang. Sesudah misa selesai, sesi terakhir bermula. Di saat itu, banyak yang mendapat anugerah-anugerah dari Roh Kudus dan pulang tanpa tangan kosong orang bilang. Pengalaman saya semasa retreat ini sangat bermakna, kerna banyak yang dapat saya rasakan, kongsikan dan pelajari sepanjang retreat. Selain itu dapat mengenali beberapa anak-anak Tuhan yang mempunyai iman yang luar biasa serta kekuatan luar kuasa manusia. Di sini juga saya ditemukan beberapa umat seiman yang dikenali melalui whassap group dan saling doa mengoakan. Saya bersukur sangat-sangat kerana telah menyertai retreat penyembuhan seumpama ini. Oh, selain itu, saya juga mendapat keluarga angkat yang sanggat baik serta dilayan seperti ahli keluarga sendiri. Saya juga diberi kesempatan membeantu Bapa Maurice, dalam hal transportation. Sepanjang jalan kembali ke Kota Kinabalu kami sempat bercerita dan berkongsi beberapa hal bersama beliau. Beliau seorang yang sangat baik hati, murah hati dan tidak loki untuk berkongsi pengalaman-pengalaman beliau sepanjang melayani di dalam kumpulan CCR selama 41tahun sehingga sekarang. Bah! kamu tengo-tengo lah gambar kami semasa retreat di Topokon..
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN RETREAT PENYEMBUHAN BATIN YANG PASTI MENJADI MEMORI KAMI SEMUA
No comments:
Post a Comment