Kerja Amal Membersihkan Bukit Kalvari Semperna Jalan Salib (Good Friday)

Bukit Calvary, KKIP, 08/04/2017. Saya dan beberapa orang pelajar (seorang dari Sabah dan 6 orang merupakan pelajar dari Sarawak) yang telah sama-sama menyertai membantu di dalam kerja pembersihan gotong-royong membersihkan laluan bukit Calvari untuk sembayang Jalan Salib semperna Good Friday pada 14.04.2017. Syukur puji Tuhan, semua bersukacita dan bergembira walaupun keletihan dan cuaca panas terik.
Mereka telah memberi komitment yang tinggi dan menyertai tanpa segan di dalam aktiviti ini. Berkerja di ladang Tuhan sambil bergembira adalah satu kepuasaan dan kerinduaan setiap insan. Anak-anak muda ini telah dipakai Tuhan untuk menyertai dan memberi penyuntik semangat kepada anak-anak muda yang lain di dalam sama-sama melayani Geraja.
Aktiviti ini merupakan satu langkah awal untuk adik-adik ini terus menyertai di dalam pelayanan di Ladang Tuhan yang luas, seperti perumpamaan didalam Gereja, Ladang Tuhan sanggat luas tetapi pekerjanya sangatlah sedikit. Membawa sekumpulan pelajar muda di dalam kehidupan rohani kristian amatlah sukar dan mempunyai banyak rintangan dan cobaan, walaubagaimanapun, menempuh segalah rintangan dan cobaan dalam kehidupan adalah satu garam dalam kehidupan yang harus setiap insan itu merasa terutama kehidupan remaja yang mempunyai banyak cobaan dan halangan. Setiap cobaan itu akan mengajar setiap insan untuk terus berkembang dan menjadi seorang dewasa yang sempurna di dalam kehidupan rohani. Tidak ada seorang pun manusia hidup tanpa dugaan dan cobaan, dugaan-dugaan ini sudah muncul sejak kehidupan pertama manusiawi iaitu kehidupan Adam&Hawa.
Setiap peribadi remaja itu berbeza-beza dan setiap tanggapan ibubapa juga berbeza-beza terhadap anak-anak mereka. Setiap mereka memerukan pelbagai pendakatan dan kasih sayang untuk terus berkembang di dalam kehidupan rohani. Apa yang harus diteruskan adalah doa tanpa henti didalam membentuk keperibadiaan dan sentiasa percaya kepada Juruselamat kita iaitu Yesus Kristus.
Nasihat saya agar anak-anak muda ini dapat terus membentuk peribadi rohani mereka agar terus menjadi yang terbaik dan dapat dibanggakan oleh orang tua mereka.Saya juga turut berdoa agar Tuhan Yesus sentiasa menjama dan memberkati mereka agar menjadi anak-anak Tuhan yang setia dan berani memikul salib mereka sendiri dalam apa jua cabaran dan dugaan yang mungkin mereka tempuhi di dalam kehidupan remaja mereka pada masa-masa yang mendatang.
Gambar-Gambar Kenangan untuk tatapan pada masa akan datang
(Vionndy, Rayner, Suzie, Alise, Camely, Jane dan Sweelin,)




















Posing maut dari c Vionndy
Vedio Aktiviti
Salam Kasih dalam Kristus, Tuhan memberkati anda semua..
No comments:
Post a Comment