VOCATION RETREAT TO THE DIOCESAN PRIESTHOOD
6TH - 8TH OCTOBER 2017
PURUN, KUALA PENYU
"Echoing The Calling of The Shepherd"
"Echoing The Calling of The Shepherd"

Kuala Penyu - Rumah Retreat Keuskupan Keningau. Shallom, Salam sejahtera kepada pembaca yang seiman dalam Yesus Kristus. Kali ini sekali lagi saya di panggil oleh Tuhan untuk menyertai Retreat Pangilan untuk tahun 2017. Pada beberapa bulan yang lepas saya menerima panggilan telephon dari pihak pastoral KK, dipangil untuk menyertai retreat pada tahun ini atas recommen oleh si Fr.Micael Moduit. Tanpa memikirkan dan segan silu saya menjawab YAH untuk menyertai retreat tersebut dan yang telah saya sendiri nanti-nantikan sebenarnya. Retreat tahun ini telah dijalankan di Rumah Retreat Keuskupan Keningau Purun, Kuala Penyu.
Pejalanan saya dan bersama seorang rakan yang juga menyertai retreat yang mewakili Holy Family Church Telipok mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam lebih dari 2.30pm sampailah 5.00pm sedangkan jika diikut sebanarnya pejalanan menujuh kerumah retreat keuskupan Keningau di Purun hanya mengambil masa selama 1 jam 55 minit. Keadaan cuaca ketika pejalanan sangat tidak baik dengan keadaan hujan ribut dengan begitu lebat dan banjir di beberapa kawasan yang membuatkan masa pejalanan sangat panjang dari kebiasaannya. Tuhan memudahkan segala sesuatu, dengan kebesarannya segalah sesuatu kami dapat tempuhi dengan baik sekali tanpa mendatangkan apa-apa masalah. Walaupun mengambil masa yang panjang tetapi kami sampai dengan selamatnya. Tuhan berfirman "Berbahagialah yang tidak melihat, Namun Percaya". (Yohanes 20:30) Kami menyerahkan segalah sesuatu kepada Tuhan kerana kami percaya dengan rencananya yang sungguh ajaib. Kami sempat menyertai Misa Kudus pembukaan retreat yang di selebrantkan oleh Uskup Datuk Conelius Piong. Dalam homilynya dia menceritakan tentang peluang kali kedua seperti yang berlaku di negara Jepun, mereka memakai kembali alat-alat kaca seperti pingan mangkuk kaca dan tembikar yang pecah di sambung kembali dan dipakai seperti biasa. Dia menjelaskan lagi bahawa mereka memberi peluang kedua untuk alatan tersebut begitu juga Tuhan Allah senentiasa memberi umat-umatnya peluang untuk kembali kepadanya. Dia juga berkata bahawa setiap orang pangilan mereka berbeza-beza dan beliau sendiri pun sanggat sukar untuk menjelaskan pangilan yang dia terima serta dia berpesan agar kami cukup bersedia untuk mendengar dan menerima pangilan Tuhan.
Peta pejalanan dari Kota Kinabalu ke Rumah Retreat Keuskupan Keningau, Purun, Kuala Penyu.
Peta pejalanan dari Kota Kinabalu ke Rumah Retreat Keuskupan Keningau, Purun, Kuala Penyu.
PETA PEJALANAN
RUMAH RETREAT KEUSKUPAN KENINGAU (RRKK), PURUN, KUALA PENYU
Pada tepat jam 8.00 malam, kami memulakan aktiviti untuk hari pertama dengan taklimat aktiviti sepanjang retreat oleh Fr.Joshwa. Fr.Joshwa juga memberi pesanan agar kami para peserta, mengambil serius dalam retreat ini dan cuba untuk merenung sebaik yang mungkin apakah tujuan sebenar kami hadir dalam retreat tersebut. Sebelum kami meneruskan, sesi pembukaan diteruskan dengan pemanasan rohani iaitu nanyian puji-pujian bagi Tuhan. Hari ini ku rasa bahagia antara salah satu lagu wajib bila kita menghadiri mana-mana retreat atau seminar. Pada saat lagu-lagu pujian kami berlagu dengan begitu senang hati dan menyerahkan segalahnya kepada Tuhan. "Aku akan memuji-muji nama Allah dengan nyanyian, mengagungkan dia dengan nyanyian syukur". (Psalms 69:30-[69-31]). Biarlah hati nurani yang mengucapkan kepadanya dalam peribadi masing-masing, betapa indahnya rencana Tuhan dan memilih kami untuk hadir di tempat ini. Seterusnya, ice breaking di mana aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang membawa kami untuk saling mengenali antara satu dan yang lain di antara peserta dan seminarians dari CDC dan IY. Taklimat promosi pangilan oleh wakil seminarians dari CDC dan IY. Mereka masing-masing cuba untuk menerangkan kepada kami tentang perkara-perkara yang mereka lakukan di kediaman komuniti mereka dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama. Bukan itu sahaja mereka juga sempat berkongsi keistemawaan dan saat-saat mereka berada di dalam pembentukan. Sebelum menutupi tirai hari pertama kami semua bersama seminarian berkumpul bersama untuk berdoa malam dan kembali ke bilik masing-masing.






Hari kedua retreat pangilan kami dimulakan dengan Morning prayer dan diteruskan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr.Joshwa. Fr,Joshwa menceritakan pengalamannya menjadi seorang Paderi yang begitu muda "awet muda bilang si Fr", dan selalu tidak dikenali oleh umat malah disalah anggap menjadi umat/belia. Walaupun perkara itu terjadi tetapi dia tetap sabar dan setia dengan pangilannya dan dalam homilinya dia menyentuh peribadi Bonda Maria, seorang gadis yang dinodai tanpa dosa, yang dipilih Tuhan untuk menerima kabar gembira dari malaikat Gabriel. Dia tetap setia dengan pangilannya. Bonda Maria berkata "Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataan itu" demikianlah ungkapan yang diucapkan dan menyerahkan dirinya yang suci . Bonda Maria seorang yang sanggat setia dan rendah hati dengan pangilannya yang Tuhan pilih menjadi Ibu Yesus. Seterusnya, kami mendengar perkongsian dari Fr.Bonaventure Unting yang bertajuk “Perjalanan Saya Menuju Kepaderian dalam Keuskupaan” dan perkongsian dari Fr.Mattheus Luta yang bertajuk “Ministri Saya Sebagai Paderi Keuskupan”. Terdapat banyak cerita-cerita yang menggisarkan tentang perjalanan kehidupan mereka menuju kepada kepaderian. Masing-masing Fr.Bonaventure dan Fr.Mattheus mempunyai cerita mereka yang tersendiri di dalam perjalanan kehidupan mereka. Pada sebelah petang kami para peserta retreat di interview oleh Fr. Sunny, Fr.Bonaventure, Fr.Joshwa dan Fr.Mattheus. Kami juga mendengar perkongsian dari Seminarian-seminarian dari CDC dan IY.
Pada sebelah malam, kami bersama-sama berdoa Rosary. Selesai berdoa Rosary kami teruskan dengan Adorasi Maha Kudus Ekaristi. Di saat itu kami masing-masing tekun berdoa dan merenung kehidupan kami masing-masing di saat keheningan. Saat-saat itu kami pakai untuk berbicara dengan Tuhan Yesus dan cuba untuk memahami apakah pangilan yang Tuhan mahu kami lakukan dan berani untuk menyahutnya. Saya merasakan bahawa Tuhan cuba berbicara di dalam hati tetapi masih tidak mampu untuk memahaminya. Setiap detik doaku untuk memahami Tuhan dan rencananya. Tuhan bersabdah di dalam Yesaya 55:8-9 "Sebab rencana-Ku bukanlah rencanamu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, emikianlah firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rencangan-Ku dari rencanganmu". Segalah sesuatu aku serahkan kepada Tuhan untuk memakai aku menjadi alatnya. Biarlah rencananya berlaku di dalam peribadi ini danterus mahu berkarya didalam ku untuk kemulian kerajaannya.










Hari yang terakhir seperti biasa, pagi yang baru kami dimulakan dengan Morning Prayer dan Misa Kudus Penutupan dan ia bersamaan dengan Hari Minggu Biasa ke-XXVII. Injil dipetik dari Injil Matius 21:33-43. Bait Penghantar Injil: "Aku telah memilih kamu dari dunia, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu tetap, sabda Tuhan" (Yoh 15:16) Misa penutupan telah diselebrantkan oleh Fr. Wilfred Atim. Sebelum bersurai Fr.Bonavancture dan Fr.Sunny mengumumkan nama-nama yang akan menyertai pembentukan untuk sesi tahun 2018. Tuhan membisikkan kepada umatnya dan dia juga bersabdah "Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya". (Yohanes 20:19b). Saya percaya kami merupakan antara umat-umat Kristus yang tidak melihat tetapi tetap dengan iman yang telah dianugerahkan kepada kami dan kami tetap terus percaya kepadanya sehingga hujung dunia. Retreat panggilan 2017 di RRKK berjalan dengen begitu sempurna dengan campur tangan Tuhan Yesus dan kami percaya dia sentiasa bersama-sama kami sepanjang retreat ini berlangsung hingga ke kemuncaknya..







Ahir kata terima kasih kepada Pastoral Kota Kinabalu, Para Paderi Keuskupan Agong Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau, Keuskupan Sandakan, Seminarian CDC, Seminarian IY, AJK penganjur, AJK di dapur dan para peserta Retreat Pangilan 2017..
Semoga Tuhan terus mahu berkarya di dalam setiap peribadi kita dan terus melayani sesama serta menyebarkan Injilnya di seluruh dunia..
Salam Kasih Tuhan...
Viva Cristo Rey! Viva la Virgen da Guadalupe!
Credit to CDC Aspirants KK Facebook for the picture
Reference:-
https://www.google.com/maps/dir/Kota+Kinabalu,+Sabah/Rumah+retret+keuskupan+keningau+purun+kuala+penyu/@5.7348682,115.5688406,10z/data=!3m1!4b1!4m13!4m12!1m5!1m1!1s0x323b6995e6a6aba7:0xf182336a16947a7e!2m2!1d116.0734568!2d5.980408!1m5!1m1!1s0x32234b62f511804b:0x70841dea4b4810ab!2m2!1d115.6301567!2d5.5499883
https://www.facebook.com/pg/cdcaspirantskk/photos/?tab=album&album_id=1778925502408392
http://www.kuasadoa.com/2014/03/25/kuasa-doaku-ini-hamba-tuhan-terjadilah-padaku-menurut-perkataanmu-itu/#sthash.VZ4tarse.dpuf
http://www.kuasadoa.com/2014/03/25/kuasa-doaku-ini-hamba-tuhan-terjadilah-padaku-menurut-perkataanmu-itu/#sthash.VZ4tarse.dpuf
No comments:
Post a Comment