Saturday, 9 December 2017

RETREAT BELIA PSKI BATCH 1


RETREAT PERTAMA BELIA MENGENAL EKARISTI
10-12 NOVEMBER 2017
KIONSOM BAPTIS RETREAT CENTRE (KBRC)


INANAM – Kionsom Baptis Retreat Center (KBRC). Keluarga Katolik yang tinggal dipersekitaran Paroki Inanam, Telipok dan Tuaran telah menganjurkan Retreat untuk belia yang berumur di antara 13 tahun hingga 21 tahun pada 10 - 12 November 2017. Kehadiran peserta seramai 30 orang. Objektif utama adalah mengenal; hubungan dengan Tuhan, alam dan persekitaran, kawan dan keluarga.
Hari pertama adalah upacara Pentakhtaan Alkitab, bersuai kenal dan sesi pertama; mengenal apakah itu Retreat?  Hari kedua adalah sesi perkongsian kumpulan dan bengkel. Belia diajak untuk melihat keadaan di luar, menurut pandangan dan pendapat para belia remaja. Sesi dikendalikan oleh Sdr. George Bell.
Sesi di sebelah petang adalah acara dinamik yang telah dikendalikan oleh Sdr Terrence Dolinting dan oleh Sarina Bukut.  Pada malam pula para belia didedahkan kepada acara Mini Concert “Malam Pesta Pujian” program ini dikendalikan oleh CSG team.
Esoknya seawal jam 6.00 pagi hari Minggu dengan kumpulan masing-masing berdoa pagi. Sesi sebelum merayakan Misa Kudus. Para belia diajak mendengar Sabda Tuhan adalah merupakan tema bagi Retreat Belia Kolose 1: 9 “Sebab itu sejak waktu kami mendengarnya, kami tidak berhenti-henti berdoa untuk kamu. Kami meminta, supaya kamu menerima segala hikmat dan pengertian yang benar, untuk mengetahui kehendak Tuhan dengan sempurna”.
Penekanan pengertian akan Ekaristi, kunci utama bagi manusia debu yang berdosa untuk menjadi sempurna adalah mengimani misteri Tubuh dan Darah Yesus Kristus; “Sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (Yoh 15:5). "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. (Yoh 14: 6). Manusia yang percaya akan bersatu tubuh dan roh dengan Kristus yang bangkit dan pulang berehat di rumah Bapa.

Misa Kudus penutupan Retreat Belia telah di selebrankan oleh Rev. Fr. Bruno A. Yasun. Homilinya menekankan tentang kebijaksanaan, niat menghadiri Misa Kudus sebagai pilihan utama dan langkah pertama.
Pn. Winnie Bian selaku Koordinator bagi Keluarga Pendoa Syafaat Kerahiman Ilahi (PSKI/Sabah) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Rev. Fr. Bruno, para pengendali sesi, para sukarelawan dan peserta Retreat.


TESTIMONI PESERTA RETREAT BELIA
 Frederick Joseph (22) Holy Family Telipok
Retreat Belia ini telah memberi saya satu pengalaman yang manis dan telah mengubah pemikiran saya untuk lebih dekat dengan Tuhan. Saya dapat merasa kehadiran Roh Kudus di dalam diri saya sepanjang sesi retreat adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan dan mukjizat bagi saya.
Frederick Joseph (22) Holy Family Telipok.

Daniel (15) St. Mary Topokon
Sebagai seorang belia yang mengikuti retreat dapat mengenal lebih dalam tentang apa itu Katolik. Walaupun masa yang diberi begitu singkat dan pendek, namun saya telah memperolehi banyak pengetahuan yang mendalam tentang Kristian, walaubagaimanapun masih banyak perkara yang harus dipelajari dan diketahui.
Pada retreat kali ini, saya juga telah menyedari betapa indahnya cinta kasih Yesus kepada umat-umat Nya. Kerjasama, kasih sayang dan persahabatan juga sangat penting kepada belia zaman sekarang, kerana semua ini akan mencerminkan kualiti seorang belia.
Harapan saya kepada retreat pada masa akan datang supaya lebih banyak belia yang akan terpanggil untuk menyertai aktiviti seumpama ini dan lebih banyak belia yang akan mempercayai Tuhan Yesus serta melayaninya di dalam GerejaNya.
Daniel, 15, Topokon.


Ivynne Novy (15), Holy Family Telipok
Banyak yang saya telah pelajari semasa Retreat ini. Saya dapat mengenali apa itu retreat dengan lebih mendalam. Saya dapat belajar macam mana untuk merendahkan diri dan tidak sombong dalam memilih kawan. Love each other. Sejak mengikuti retreat ini saya lebih suka membaca bible dan mendengar sharing dari umat kristian melalui media social dan sebagainya.
Tidak ada sebarang kerugian di dalam diri mengikuti retreat malahan merasakan keuntungan dan berkat yang berlipat kali ganda. Pada hari pertama saya merasa bosan tetapi selepas mengikuti banyak aktiviti, hati mula jatuh cinta dan ingin terus barada di tempat tersebut.
Ivynne Novy (15), Holy Family Telipok.


Eldrizhendry Matius (14) St. Mary Topokon
Semasa saya mengikuti Retreat belia ini, saya sungguh-sungguh bersukacita karana dapat mengenali lebih mendalam terhadap peribadi saya sendiri di samping dapat berkenalan dengan ramai kawan baru yang baru saya kenali pada hari tersebut. Sebagai seorang belia saya berharap agar pada masa akan datang lebih ramai lagi kawan-kawan seusia saya dapat mengikuti retreat seumpama ini.
Selain itu, saya juga belajar untuk mendoakan sesama dan betapa pentingnya berdoa untuk keluarga dan orang lain. Saya berharap retreat seperti ini tetap diteruskan pada masa-masa akan datang.
Eldrizhendry Matius (14), Topokon

Lez Evabella (12), Holy Family Telipok

Saya telah mempelajari banyak tentang Yesus Kristus apabila mengikuti Retreat Belia ini. Sekarang barulah saya sedar bahawa kita tidak dapat hidup dalam aman, sukacita Dan sebagainya tanpa kehadiran Yesus Kristus. Saya juga mengenal apa itu Ekaristi menerusi retreat ini. Ekaristi adalah "sumber dan puncak" kehidupan Kristus. Melalui Ekaristi , kita dapat mengambil bahagian dari Tubuh dan Darah Yesus Kristus serta turut serta dalam pengorbanan diriNya.
Lez Evabella (12), Holy Family Telipok.

Gambar-Gambar Kenangan Retreat Belia


































Salam Kasih Yesus Kristus...

No comments:

Post a Comment