Monday, 30 October 2017

 BANGKEL MENGENDALIKAN KEM KANAK-KANAK
PEMBIMBING PMG outstasi menggatal/telipok/inanam/dmc

Hello! Salam damai saudara saudari yang seiman & terkasih dalam Kristus. Sudah lama tidak mengupdata blog ku akibat kesibokan melanda pelbagai perkara, bentuk dan benda pada diri ini. Beberapa pendeta pernah berkata bahawa kesibokan itu adalah salah satu cara dimana c syaitan itu bekerja untuk menjatuhkan dan mengalpakan kita dari terus mencari kebenaran Tuhan. Agak-agak si syaitan sudah bekerja di dalam diri ku kah, tidak mungkinkan sebab, aku mampu untuk mematahkan pekerjaannya dengan kesibukan memuji Tuhan bukannya dia. Syukur Puji Tuhan!



Holy Family Church, Telipok. 22 Sept 2017 ( Jumaat). Pada tarikh ini dengan pilihanNya, saya telah menyertai satu bengkel yang dikenali sebagai BANGKEL MENGENDALI KEM KANAK-KANAK yang telah di anjurkan oleh sub paroki Holy Family Church Telipok yang telah di kelolakan oleh Team Pelaksana Kem Kanak-kanak St.Cathrine Inanam.

Bangkel ini bertujuan untuk melatih pemimbing-pemimbing PMG, persediaa kem kanak-kanak mengikut kawasan, selain itu pemimbing calon penguatan dan juga IKD di kawasan masing-masing. Terdapat banyak game dan permainan yang bersesuaian dengan pelajaran-pelajaran dalam gereja di laksanakan. Aktiviti-aktiviti dan permainan bengkel lebih mengfokuskan pada sakramen-sakramen Gereja Katolik.  Bengkel sehari ini sanggat memenatkan dan juga sanggat menyeronokkan apabila kembali menjadi kanak-kanak untuk seharian. Menjadi kanak-kanak di saat umur sebegini bukanlah satu perkara yang mudah kerana tenaga semakin berkurangan dan tidak lagi seperti tenaga kanak-kanak yang sanggat aktif dan mampu melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang aktif serta perasaan kegembiraan tanpa putus-putus.

Jadual Bangkel sehari 22/09/2017..

Bangkel ini bermula pada jam 8.oopagi iaitu dimulakan dengan Pentahtaan Alkitab yang dibimbing oleh Sister Elizabeth.  Sister Elizabeth mengkongsikan bacaan injil pada hari tersebut yang dipetik dari Injil Lukas 8: 1-3. Dia juga berpesan apabila kita menjalankan kelas PMG, Biarlah anak-anak itu enjoy dan happy dalam pelajaran mereka setiap minggu agar mereka akan suka untuk menghadirkan diri dan belajar bersama-sama tanpa rasa takut atau kebosanan di dalam kelas yang membuatkan mereka tidak mempunyai minat untuk datang ke kelas minggu. 


Bacaan Injil Lukas 8:1-3 " Yesus berkeliling dari kota ke kota dan dari desa ke desa memberitakan Injil Kerajaan Allah. Kedua belas murid menyertai Dia, dan juga beberapa wanita yang telah disembuhkan-Nya dari roh-roh jahat serta berbagai macam penyakit, selalu menyertai Dia. Para wanita itu ialah Maria yang disebut Magdalena, yang telah dibebaskan dari tujuh setan; Yohana, isteri Khuza, bendahara Herodes, Susana dan masih banyak lagi yang lain. Wanita-wanita itu melayani seluruh rombongan dengan harta kekayaan mereka". Demikianlah Injil Tuhan.







Aktiviti-Aktiviti 

Sesi 1 - Sakrame Pembatisan
1) Pilih dan Padan Simbol-simbol dalam Pembaptisan
2) Puzzle Pembatisan














Sesi 2 - Sakramen Pengakuan
1) Susun Gambar Berdasarkan Cerita dalam Alkitab ( Lukas 15:11-24 - Kisah anak yang hilang)
2) Lukis di kertas Bentuk Tangan dan Jawab 5 soalan (5 langkah untuk pengakuan)
3) Susun Ayat (Setiap ahli di beri 1 perkatan dan susun jadikan ayat di dalam kumpulan)
4) Kongsikan persoalan-persoalan yang diajukan berkaitan sakramen pengakuan














Sesi 3 - Sakramen Ekaristi
1) Holy Eucharist Treasure Hunt (Mencari Harta Karun)
2) Kad nasib dan buah dadu
















Sesi 4 - Sakramen Penguatan
1) Belon Roh Kudus
2) Silang Kata Roh Kudus
3) Burung Roh Kudus

Sesi 4 aktiviti pertama kami diberi satu sampu surat yang berisi satu soalan mengenai maksud salah satu karuniah Roh Kudus, kemudiannya kami dikehendaki mengenalpasti karunia Roh Kudus berdasarkan maksud yang telah di berikan. Apabila ahli kumpulan sudah mengenal pasti mereka di kehendaki berlari ke hadapan untuk mengambil belon mengikut huruf-huruf karunia Roh Kudus yang telah di pilih. Belon di tiup dan di tulis huruf-hurufnya serta setiap anggota kumpulan berbaris dan menyusun belon-belon tersebut mengikut urutan huruf bagi jawapan karunia roh kudus tersebut.



Sesi 4 aktiviti kedua kami di beri bahan-bahan untuk membuat seekor burung merpati dengan 7 karunia Roh Kudus di bawahnya. Ini merupakan lambang sakramen penguatan dengan anugerah 7 karunia Roh Kudus akan diberikan kepada setiap calon penguatan setelah mereka di beri sakramen karisma. Burung merpati merupakan lambang Roh Kudus seperti yang berlaku semasa Yesus dibaptiskan oleh Yohanes di sungai Yordan, Roh Allah turun kepadanya dalam bentuk burung merpati yang di saksikan sendiri oleh Yohanes. Cara-cara membuatnya sanggat mudah dengan menggunakan sekeping piring kertas. Piring kertas tersebut akan dipotong menjadi badan dan kepak. Raben akan digunakan untuk melekatkan 7 kertas kecil yang di tulis setiap karunia-karunia Roh Kudus yang di bawa oleh burung merpati tersebut. Setiap orang di beri masa dalam 30minit untuk menghias dan mengdekorasikan burung-burung merpati mereka masing-masing.













Pembantangan Hasil Perbincangan Pelaksanaan Kem Kanak-Kanak

Sesi terakhir setiap kumpulan diberi tugas untuk membincangkan perancangan Bengkel Kem masing-masing mengikut kumpulan masing-masing. Kami yang terdiri dari 10 orang ahli memilih untuk melaksanakan sebuah Rekoleksi untuk kanak-kanak calon komuni pertama. Dalam perbincangan kami banyak element-element yang penting kami masukkan terutamanya Tarikh rekoleksi, Tempat pilihan kami, Masa, Tema, Badget dan Sasaran utama Rekoleksi kami. Selepas selesai perbincangan kami membentangkan hasil kerja kami dengan jayanya..










Selama bangkel ini banyak yang saya pelajari dari mereka semua. Terutama sekali tentang mengasihi. Walau pun banyak yang saya tidak kenal tetapi sangat jelas, selepas beberapa minit sahaja berada di dalam bangkel ini saya dapat menganali mereka semua dan merasakan sudah lama mengenali mereka semua. Aktivi-aktiviti mereka sangat menarik dan boleh di aplikasikan di dalam kelas saya juga. Setiap aktiviti dan permainan mereka sanggat bermakna bukan sahaja menghiburkan tetapi juga banyak memberi pengajaran serta boleh menjadi satu titik bagaimana untuk memahami sesuatu konsep dalam gereja dengan lebih jelas. Antara aktiviti kegemaran saya adalah mencari harta karun. Setiap kami secara bergilir-gilir berlari menujuh sebuah kawasan pencarian secara berdua-duan di dalam kumpulan untuk mencari benda yang kehendaki di dalam permainan. Setiap ahli dapat saya lihat berlari dan mencari dengan sungguh-sungguh serta bantu membantu antara yang lain serta mengujudkan suasana menjadi riuh rendah.

Pengalaman seumpama ini sangat berharga di samping kita dapat mengenali orang-orang baru di dalam kehidupan kerohanian gereja kita serta pengalaman dan juga maklumat-maklumat yang diperolehi perlu di kongsikan bersama-sama pada masa akan datang. Tuhan berfirman di dalam Matius 10:6-7 " Melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel. Pergilah dan beritakanlah: Kerajaan Sorga sudah dekat". Nah, marilah kita beritakan kabar gembira ini kepada anak-anak di luar sana melalui permainan-permainan atau aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh membantu mereka lebih memahami bukan sahaja membantu utuk menyebarkan pelajaran-pelajaran gereja malah menyeronokkan.... Dari kaedah ini akan memupuk minat mereka untuk mengenal Juruselamat kita iaitu Yesus Kristus dengan lebih mendalam...
Dia Lah Raja Dan Berkuasa untuk Selama-lamanya...

Sampai di sini perkongsian saya untuk hari ini...

Salam sayang dari saya.. Tuhan memberkati kita semua..


No comments:

Post a Comment