Friday, 24 February 2017

SEMINAR PANGGILAN 2017 (VOCATION SEMINAR)

 PENYERTAAN SEMINAR PANGGILAN 2017 (VOCATION SEMINAR)




Pada 13hb hingga 15hb January yang lepas saya telah menyertai satu seminar yang dikenali sebagai seminar panggilan menjadi Paderi Keuskupan. Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit tentang seminar tersebut. Seminar ini  telah berlangsung selama 3hari 2malam di Bundu Tuhan Retret Centre, Ranau. Apa yang dapat saya katakan, saya berasa seronok, teruja dan juga bangga kerana menjadi salah seorang yang terpangil di dalam program tersebut.

Sebelum itu, mari kita sama-sama cuba mengenali BTRC terlebih dahulu. Bundu Tuhan Retret Centre merupakan lokasi di mana seminar ini dijalankan, ia lebih di kenali sebgai BTRC. BTRC merupakan salah sebuah pusat retret terbesar di Sabah. Kawasan sekitar BTRC sanggat indah, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan kehijauan dan hutan-hutan semulajadi, ditambah lagi dengan udara yang sejuk dan persekitaraan aman dan damai serta manjadikan tempat yang sempurna untuk dijadikan tempat retret dan seminar. Bundu Tuhan Retreat Centre terletak di kaki Gunung Kinabalu, 1200 meter di atas paras laut dan lebih kurang 89.3km jaraknya dari Bandar Kota Kinabalu. Kawasan ini juga telah dikenali sebagai "Valley of God" kerana suasananya yang sejuk dan aman-damai. Sejarah penubuhan BTRC, BTRC telah didirikan oleh Mission Katolik Bundu Tuhan yang telah bermula pada tahun 1955 di bawah pimpinan Mill Hill Missionaries. Selain daripada retret centre, terdapat juga sebuah sekolah (Sekolah Rendah Don Bosco), sebuah rumah anak yatim (Rumah Anak Yatim Don Bosco), sebuah Gereja (St Pius X), sebuah Biara (Gunung La Verna Convent), dan sebuah Chapel (berhampiran Rumah Paderi) yang turut di dirikan oleh MHM.



Pandangan Dari Hadapan Bangunan BTRC



Pandangan Dari Bawah Bangunan BTRC



Pejalanan dari Kota Kinabalu ke BTRC mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam 21 minute dengan jumlah jarak sekurang-kurangnya 89.3KM. Berikut merupakan jarak dan masa yang di anggarkan melalui google map yang telah saya lalui.   


Map yang menunjukkan laluan/perjalanan ke BTRC


Saya bertolak sekurang-kurangnya jam 3.30pm dari KKIP, Sepanggar bersama seorang rakan dari ILP. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual disamping menutupi hening keboringan. Perjalanan ke BTRC sanggat baik dan lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas serta lori-lori yang besar yang mungkin melambatkan perjalanan kami. Sepanjang pejalanan kami percaya bahawa kami dilindungi oleh Tuhan Yesus di mana ia menyertai kami di setiap perjalanan. Seminar panggilan ini merupakan seminar tahunan anjuran Keuskupan Agung dan ini bertujuan untuk memilih peserta yang betul-betul layak untuk mengikuti proses pembentukan menjadi seorang Paderi Keuskupan. Pada tahun ini seminar ini telah menerima penyertaan seramai 187 peserta dan merupakan penyertaan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peserta seminar datang daripada tiga Keuskupan Agung iaitu 120 dari keuskupan Agung kota Kinabalu, 44 dari Keuskupan Keningau dan 23 dari keuskupan Sandakan. Seminar ini telah di kelolakan oleh seminarian-seminarian yang masih menjalankan proses pembentukan. Seramai 46 seminarian yang hadir termasuk 3 seminarian dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur turut menyertai yang kini menjalani kerja pastoral di Sabah. Selain itu, termasuk 7 orang paderi yang menyertai termasuk 2 orang paderi Misionari Mill Hll (MHM).


Seminar panggilan merupakan seminar pertama kali saya sertai dan juga seminar yang pertama utk tahun 2017. Menyertai Seminar pangilan merupakan salah satu impian saya sejak 2 tahun yang lepas tetapi tidak mendapat peluang atau pun belum diberi kesempatan oleh Tuhan. (mungkin lah). Ini juga merupakan goal saya untuk tahun 2017 untuk menyertai seminar tersebut.(Yesss terlaksana satu matlamat tahun 2017). Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semasa seminar tersebut.



Tentative Program Seminar



DAY 1 (13/01/2017) JUMAAT
Hari pertama saya dan kawan sampai di BTRC lebih kurang jam 5.40pm dari Sepanggar, Kota Kinabalu. Sampai sahaja kami sempat mengambil angin sebentar di luar kawasan bangunan dan terus berbaris untuk pendaftaran nama dan bilik. Tidak di sangka-sangka saya turut bertemu dengan cousin sendiri yang juga turut menyertai seminar tersebut. Selepas itu, pada jam 6.30pm Misa Pembukaan yang telah di pimpin oleh Archbishop John Wong. Apa yang saya ingat Archbishop John berpesan "ambillah peluang ini sebaik yang mungkin untuk merenung kehadiran Tuhan dalam diri masing-masing". Dia juga membantu peserta merenung sebab mengapa kami berada di tempat tersebut dan siapa sebenarnya yang telah memangil kami ke seminar tersebut ialah Tuhan sendiri. Archbishop John wong juga berkata tugas peserta adalah untuk mendengar Tuhan dengan penuh perhatian dan merenung panggilan hidup mereka, khususnya menuju kepadrian.

Aktiviti dimulakan selepas makan malam dengan acara pembukaan dan taklimat oleh Fr Rayner Bisius, diikuti dengan nyanyian beramai-ramai dan ice-breaking. Sebelum aktiviti hari pertama berakhir, seminarian Wilfred telah memberi promosi pangilan yang menerangkan tentang proses pembentukan dan tahap-tahap pembalajaran seorang seminarian apabila dipilih. Seterusnya, Night Prayer sebagai penutupan untuk hari pertama kami.  


Suasana di Dalam Gereja St.Pius X  Bundu Tuhan sebelum Misa Pembukaan bermula..



DAY 2 (14/01/2017) SABTU
Pada hari kedua, kami mulakan aktiviti kami dengan Morning Prayer dan Misa pagi pada jam 7.00pagi sebelum Berserapan pagi. Pada jam 9.00pagi, kami telah mendengar dua perkongsian menarik daripada pertama Fr Michael Modoit yang berkisarkan “Perjalanan Saya Menuju Kepaderian dalam Keuskupaan”. Dalam perkongsian tersebut kami juga dapat mendengar banyak kisah-kisah Fr Michael semasa muda sebelum menjadi father dan juga pengalaman-pengalaman hidupnya yang paling di ingati kisah si Father accident motorcycle terlangar anjing semasa menjadi supervisor ladang. Persongsian kedua dari Fr Sunny Chung tentang “Ministri Saya Sebagai Paderi Keuskupan”. Sebelum Fr Sunny memberi perkongsian dia membewa kami bangkit bersama dalam menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk “Here I am Lord” dan lagu ini telah memberi dia inspirasi untuk terus berjuang dalam Kepaderiaan.  Dalam perkongsian Fr Sunny dia juga berkata bahawa neneknya mahu dia menjadi seorang Paderi dan dia juga datang dari keluarga yang bukan seorang katolik. Terdapat banyak cerita-cerita perkongsia yang begitu bermakna dari kedua-dua Father. Selepas perkongsian, peserta diberi masa dan ruang untuk membuat renungan peribadi.

Pada sebelah tengahari para peserta seminar telah mula di beri sesi individual interview. Setiap orang akan di pangil satu per satu untuk di temuduga oleh Paderi-Paderi yang hadir pada hari tersebut. Semasa temuduga berjalan kami yang sedang menunggu pula berkesempatan mendengar perkongsian dari Paderi Misionari Mill Hill iaitu Fr Terry Burke dan Fr John McAuley dan mereka juga sempat mempromosikan tentang kepaderiaan Mill Hill serta menceritakan sejara Mill Hill Misionari kepada semua peserta. Seterusnya, kami di tayangkan slaid vedio yang telah disediakan oleh seminarian berkaitan pembentukan serta aktiviti-aktiviti mereka semasa berada di Pusat pembalajaran. Selepas itu, diikuti dengan perkongsian beberapa seminarian berkenaan panggilan mereka. Lebih kurang jam 4.35 petang, nama saya tertulis di hadapan screen  menunjukkan turn saya untuk di interview. Perasaan bercampur campur, takut pun ada, excited, nerves pun ada. Saya berjalan menuju kawasan interview dengan fikiran yang binggung sambil menggosongkan fikiran. Semasa diinterview oleh Fr Michael saya rasa saya mengambil masa yang sangat panjang (kerana banyak sangat yang ingin di ceritakan dan pertanyaan) sehinga ada beberapa peserta yang lain berbaris untuk menanti turn mereka, Fr Michael sempat memesan “we talk more next time”, saya pun beredar dengan hati yang tenang.

Pada sebelah malam, kami bersama-sama dalam Doa Taize, Adoration dan Benediction yang akan membantu kami menemui Tuhan dengan cara yang lebih dalam terutamanya dalam menjawab panggilanNya. Pada malam tersebut, kami dapat merasakan kehadiran Tuhan dan semua bersukacita kegembiraan. Sebelum kami mengakhiri dengan Night Prayer kami di pimpin oleh seminarian untuk menyanyi bersorak sorai dengan nyanyian-nyanyian pujian.    
s

Fr Terry Burke di sesi sharing tentang MHM
 


Sesi Interview bersama Fr. Michael Modoit 

















DAY 3 (15/01/2017) AHAD
Pada hari ketiga, seperti biasa saya bangun lebih kurang jam 5.50 pagi, keadaan sangat sejuk, mengigil pun ada juga. Selepas mandi pagi dengan air yang sejuk terasa segar dan fresh di situ. Pada jam 6.45pagi, kami berkumpul di dewan untuk sesi Morning Prayer bersama-sama semua peserta seminar. Sesudah selesai Morning Prayer kami pun beredar ke dewan makan untuk berserapan pagi.   Seterusnya, sesi sharing daripada seminarian-seminarian yang bakal menjadi father. Setelah sharing berakhir sesi forum dan soaljawab diadakan untuk peserta seminar mengajukkan soalan-soalan yang masih menjadi keraguaan masing-masing. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk memberi beberapa soalan yang bermain difikiran saya. Saya mendapat peluang dan merupaka peserta terakhir yang memberikan soalan kepada seminarian yang terpilih. Saya masih ingat pada waktu ini saya telah mengajuhkan 5 soalan yang mencabar saya kira kepada wakil seminarian.. mencabarlah sanggat…

Pada jam 11.00 pagi seminar kami berakhir dengan Misa Penutupan yang telah di celebrantkan oleh Fr Simon Kontou, dan pada akhir Misa Fr Rayner Bisius  telah mengumumkan 16 nama aspiran yang terpilih diantara 240 peserta yang hadir untuk memulakan perjalanan mereka di Pusat Katolik Keuskupan Agung di Penampang, 10 orang daripada Keuskupan Kota Kinabalu, 4 orang daripada keuskupaan Keningau dan 2 daripada keuskupan Sandakan. Selesai Misa Penutupan kami semua menjamu selera makan tengah hari sebelum masing-masing beredar kembali ke tempat masing-masing. Saya dengan beberapa kawan beredar dari BTRC dengan kenderaan sendiri lebih kurang jam 1.20pm. Selesai seminar pangilan selama 3 hari dan banyak pengalam yang telah saya terima dan pelajari, akan saya simpan Selain itu, perasaan untuk mengikuti seminar ini untuk tahun yang akan datang, tidak sabar rasanya dan pasti jika umur saya panjang pastinya saya akan dapat menyertai seminat ini pada tahun-tahun yang berikutnya sehingga saya mendapat pangilan untuk diri saya sendiri.. Semua itu saya serahkan kepada Tuhan untuk mengatur arah hidup saya..





















Gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa seminar







Beberapa vedio sekadar untuk perkongsian




Refference:



2 comments:

  1. Shallom, perkongsian yang sangat mantap. Mohon kebenaran untuk saya kongsikan dalam website kami di www.cdcaspirants.com ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shallom juga brother Xavier,
      Silakan perkongsikannya.. Smoga Tuhan memberkati anda dan kumpulan anda..

      Delete