PENYERTAAN SEMINAR PANGGILAN 2017 (VOCATION SEMINAR)
Pada 13hb hingga 15hb January yang lepas saya telah
menyertai satu seminar yang dikenali sebagai seminar panggilan menjadi Paderi Keuskupan.
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit tentang seminar tersebut. Seminar
ini telah berlangsung selama 3hari 2malam
di Bundu Tuhan Retret Centre, Ranau. Apa yang dapat saya katakan, saya berasa
seronok, teruja dan juga bangga kerana menjadi salah seorang yang terpangil di dalam
program tersebut.
Sebelum itu, mari kita sama-sama cuba mengenali BTRC
terlebih dahulu. Bundu Tuhan Retret Centre merupakan lokasi di mana seminar ini
dijalankan, ia lebih di kenali sebgai BTRC. BTRC merupakan salah sebuah pusat
retret terbesar di Sabah. Kawasan sekitar BTRC sanggat indah, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan
kehijauan dan hutan-hutan semulajadi, ditambah lagi dengan udara yang sejuk dan
persekitaraan aman dan damai serta manjadikan tempat yang sempurna untuk dijadikan
tempat retret dan seminar. Bundu Tuhan Retreat Centre terletak di kaki Gunung
Kinabalu, 1200 meter di atas paras laut dan lebih kurang 89.3km jaraknya dari
Bandar Kota Kinabalu. Kawasan ini juga telah dikenali sebagai "Valley of
God" kerana suasananya yang sejuk dan aman-damai. Sejarah penubuhan BTRC, BTRC telah didirikan
oleh Mission Katolik Bundu Tuhan yang telah bermula pada tahun 1955 di bawah
pimpinan Mill Hill Missionaries. Selain daripada retret centre, terdapat juga
sebuah sekolah (Sekolah Rendah Don Bosco), sebuah rumah anak yatim (Rumah Anak
Yatim Don Bosco), sebuah Gereja (St Pius X), sebuah Biara (Gunung La Verna
Convent), dan sebuah Chapel (berhampiran Rumah Paderi) yang turut di dirikan oleh MHM.
Pandangan Dari
Hadapan Bangunan BTRC
Pandangan Dari Bawah
Bangunan BTRC
Pejalanan dari Kota Kinabalu ke BTRC mengambil masa
sekurang-kurangnya 2 jam 21 minute dengan jumlah jarak sekurang-kurangnya 89.3KM. Berikut merupakan jarak dan masa yang di anggarkan melalui google map yang telah saya lalui.
Map yang menunjukkan laluan/perjalanan
ke BTRC
Saya bertolak sekurang-kurangnya jam 3.30pm dari KKIP,
Sepanggar bersama seorang rakan dari ILP. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual
disamping menutupi hening keboringan. Perjalanan ke BTRC sanggat baik dan
lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas serta lori-lori yang besar yang
mungkin melambatkan perjalanan kami. Sepanjang pejalanan kami percaya bahawa
kami dilindungi oleh Tuhan Yesus di mana ia menyertai kami di setiap perjalanan.
Seminar panggilan ini merupakan seminar tahunan anjuran Keuskupan Agung dan ini
bertujuan untuk memilih peserta yang betul-betul layak untuk mengikuti proses pembentukan menjadi seorang Paderi Keuskupan. Pada tahun ini seminar ini telah
menerima penyertaan seramai 187 peserta dan merupakan penyertaan tertinggi
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peserta seminar datang daripada tiga
Keuskupan Agung iaitu 120 dari keuskupan Agung kota Kinabalu, 44 dari Keuskupan
Keningau dan 23 dari keuskupan Sandakan. Seminar ini telah di kelolakan oleh
seminarian-seminarian yang masih menjalankan proses pembentukan. Seramai 46
seminarian yang hadir termasuk 3 seminarian dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur turut menyertai yang kini menjalani kerja pastoral di Sabah. Selain itu, termasuk 7 orang paderi
yang menyertai termasuk 2 orang paderi Misionari Mill Hll (MHM).
Seminar panggilan merupakan seminar pertama kali saya sertai
dan juga seminar yang pertama utk tahun 2017. Menyertai Seminar pangilan
merupakan salah satu impian saya sejak 2 tahun yang lepas tetapi tidak mendapat
peluang atau pun belum diberi kesempatan oleh Tuhan. (mungkin lah). Ini juga
merupakan goal saya untuk tahun 2017 untuk menyertai seminar tersebut.(Yesss
terlaksana satu matlamat tahun 2017). Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan semasa seminar tersebut.
Tentative Program
Seminar
DAY 1 (13/01/2017) JUMAAT
Hari pertama saya dan kawan sampai di BTRC lebih kurang jam
5.40pm dari Sepanggar, Kota Kinabalu. Sampai sahaja kami sempat mengambil angin sebentar di luar kawasan bangunan dan terus berbaris untuk pendaftaran nama dan
bilik. Tidak di sangka-sangka saya turut bertemu dengan cousin sendiri yang juga
turut menyertai seminar tersebut. Selepas itu, pada jam 6.30pm Misa Pembukaan
yang telah di pimpin oleh Archbishop John Wong. Apa yang saya ingat Archbishop
John berpesan "ambillah peluang ini sebaik yang mungkin untuk merenung kehadiran
Tuhan dalam diri masing-masing". Dia juga membantu peserta merenung sebab
mengapa kami berada di tempat tersebut dan siapa sebenarnya yang telah memangil
kami ke seminar tersebut ialah Tuhan sendiri. Archbishop John wong juga berkata
tugas peserta adalah untuk mendengar Tuhan dengan penuh perhatian dan merenung
panggilan hidup mereka, khususnya menuju kepadrian.
Aktiviti dimulakan selepas makan malam dengan acara pembukaan
dan taklimat oleh Fr Rayner Bisius, diikuti dengan nyanyian beramai-ramai dan
ice-breaking. Sebelum aktiviti hari pertama berakhir, seminarian Wilfred telah
memberi promosi pangilan yang menerangkan tentang proses pembentukan dan tahap-tahap
pembalajaran seorang seminarian apabila dipilih. Seterusnya, Night Prayer
sebagai penutupan untuk hari pertama kami.
Suasana di Dalam Gereja St.Pius X Bundu Tuhan sebelum Misa Pembukaan bermula..
DAY 2 (14/01/2017) SABTU
Pada hari kedua, kami mulakan aktiviti kami dengan Morning
Prayer dan Misa pagi pada jam 7.00pagi sebelum Berserapan pagi. Pada jam
9.00pagi, kami telah mendengar dua perkongsian menarik daripada pertama Fr Michael
Modoit yang berkisarkan “Perjalanan Saya Menuju Kepaderian dalam Keuskupaan”.
Dalam perkongsian tersebut kami juga dapat mendengar banyak kisah-kisah Fr
Michael semasa muda sebelum menjadi father dan juga pengalaman-pengalaman
hidupnya yang paling di ingati kisah si Father accident motorcycle terlangar
anjing semasa menjadi supervisor ladang. Persongsian kedua dari Fr Sunny Chung
tentang “Ministri Saya Sebagai Paderi Keuskupan”. Sebelum Fr Sunny memberi
perkongsian dia membewa kami bangkit bersama dalam menyanyikan sebuah lagu yang
bertajuk “Here I am Lord” dan lagu ini telah memberi dia inspirasi untuk terus
berjuang dalam Kepaderiaan. Dalam
perkongsian Fr Sunny dia juga berkata bahawa neneknya mahu dia menjadi seorang
Paderi dan dia juga datang dari keluarga yang bukan seorang katolik. Terdapat
banyak cerita-cerita perkongsia yang begitu bermakna dari kedua-dua Father.
Selepas perkongsian, peserta diberi masa dan ruang untuk membuat renungan
peribadi.
Pada sebelah tengahari para peserta seminar telah mula di beri sesi
individual interview. Setiap orang akan di pangil satu per satu untuk di
temuduga oleh Paderi-Paderi yang hadir pada hari tersebut. Semasa temuduga berjalan kami yang sedang menunggu pula berkesempatan mendengar
perkongsian dari Paderi Misionari Mill Hill iaitu Fr Terry Burke dan Fr John
McAuley dan mereka juga sempat mempromosikan tentang kepaderiaan Mill Hill serta
menceritakan sejara Mill Hill Misionari kepada semua peserta. Seterusnya, kami
di tayangkan slaid vedio yang telah disediakan oleh seminarian berkaitan
pembentukan serta aktiviti-aktiviti mereka semasa berada di Pusat pembalajaran.
Selepas itu, diikuti dengan perkongsian beberapa seminarian berkenaan panggilan
mereka. Lebih kurang jam 4.35 petang, nama saya tertulis di hadapan screen menunjukkan turn saya untuk di interview.
Perasaan bercampur campur, takut pun ada, excited, nerves pun ada. Saya berjalan
menuju kawasan interview dengan fikiran yang binggung sambil menggosongkan
fikiran. Semasa diinterview oleh Fr Michael saya rasa saya mengambil masa yang
sangat panjang (kerana banyak sangat yang ingin di ceritakan dan pertanyaan)
sehinga ada beberapa peserta yang lain berbaris untuk menanti turn mereka, Fr Michael
sempat memesan “we talk more next time”, saya pun beredar dengan hati yang
tenang.
Pada sebelah malam, kami bersama-sama dalam Doa Taize, Adoration dan Benediction yang akan membantu kami menemui Tuhan dengan cara yang lebih
dalam terutamanya dalam menjawab panggilanNya. Pada malam tersebut, kami dapat
merasakan kehadiran Tuhan dan semua bersukacita kegembiraan. Sebelum kami
mengakhiri dengan Night Prayer kami di pimpin oleh seminarian untuk menyanyi
bersorak sorai dengan nyanyian-nyanyian pujian.
s
s
Fr Terry Burke di sesi sharing tentang MHM
Sesi Interview bersama Fr. Michael Modoit
DAY 3 (15/01/2017) AHAD
Pada hari ketiga, seperti biasa saya bangun lebih kurang jam 5.50 pagi, keadaan sangat sejuk, mengigil pun ada juga. Selepas mandi pagi dengan air yang sejuk terasa segar dan fresh di situ. Pada jam 6.45pagi, kami berkumpul di dewan untuk sesi Morning Prayer bersama-sama semua peserta seminar. Sesudah selesai Morning Prayer kami pun beredar ke dewan makan untuk berserapan pagi. Seterusnya, sesi sharing daripada seminarian-seminarian yang bakal menjadi father. Setelah sharing berakhir sesi forum dan soaljawab diadakan untuk peserta seminar mengajukkan soalan-soalan yang masih menjadi keraguaan masing-masing. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk memberi beberapa soalan yang bermain difikiran saya. Saya mendapat peluang dan merupaka peserta terakhir yang memberikan soalan kepada seminarian yang terpilih. Saya masih ingat pada waktu ini saya telah mengajuhkan 5 soalan yang mencabar saya kira kepada wakil seminarian.. mencabarlah sanggat…
Pada jam 11.00 pagi seminar kami berakhir dengan Misa Penutupan yang telah di celebrantkan oleh Fr Simon Kontou, dan pada akhir Misa Fr Rayner Bisius telah mengumumkan 16 nama aspiran yang terpilih diantara 240 peserta yang hadir untuk memulakan perjalanan mereka di Pusat Katolik Keuskupan Agung di Penampang, 10 orang daripada Keuskupan Kota Kinabalu, 4 orang daripada keuskupaan Keningau dan 2 daripada keuskupan Sandakan. Selesai Misa Penutupan kami semua menjamu selera makan tengah hari sebelum masing-masing beredar kembali ke tempat masing-masing. Saya dengan beberapa kawan beredar dari BTRC dengan kenderaan sendiri lebih kurang jam 1.20pm. Selesai seminar pangilan selama 3 hari dan banyak pengalam yang telah saya terima dan pelajari, akan saya simpan Selain itu, perasaan untuk mengikuti seminar ini untuk tahun yang akan datang, tidak sabar rasanya dan pasti jika umur saya panjang pastinya saya akan dapat menyertai seminat ini pada tahun-tahun yang berikutnya sehingga saya mendapat pangilan untuk diri saya sendiri.. Semua itu saya serahkan kepada Tuhan untuk mengatur arah hidup saya..
Pada jam 11.00 pagi seminar kami berakhir dengan Misa Penutupan yang telah di celebrantkan oleh Fr Simon Kontou, dan pada akhir Misa Fr Rayner Bisius telah mengumumkan 16 nama aspiran yang terpilih diantara 240 peserta yang hadir untuk memulakan perjalanan mereka di Pusat Katolik Keuskupan Agung di Penampang, 10 orang daripada Keuskupan Kota Kinabalu, 4 orang daripada keuskupaan Keningau dan 2 daripada keuskupan Sandakan. Selesai Misa Penutupan kami semua menjamu selera makan tengah hari sebelum masing-masing beredar kembali ke tempat masing-masing. Saya dengan beberapa kawan beredar dari BTRC dengan kenderaan sendiri lebih kurang jam 1.20pm. Selesai seminar pangilan selama 3 hari dan banyak pengalam yang telah saya terima dan pelajari, akan saya simpan Selain itu, perasaan untuk mengikuti seminar ini untuk tahun yang akan datang, tidak sabar rasanya dan pasti jika umur saya panjang pastinya saya akan dapat menyertai seminat ini pada tahun-tahun yang berikutnya sehingga saya mendapat pangilan untuk diri saya sendiri.. Semua itu saya serahkan kepada Tuhan untuk mengatur arah hidup saya..
Gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa seminar
Beberapa vedio sekadar untuk perkongsian
Shallom, perkongsian yang sangat mantap. Mohon kebenaran untuk saya kongsikan dalam website kami di www.cdcaspirants.com ?
ReplyDeleteShallom juga brother Xavier,
DeleteSilakan perkongsikannya.. Smoga Tuhan memberkati anda dan kumpulan anda..