Tuesday, 28 February 2017

Medical Camp at Kg Sulit Paitan



Setahun yang lepas, pada 22 January 2016,(dah nak expired) saya telah menyertai satu kumpulan NGO yang dikenali sebagai MIMPA Volunteers (Sabah Team) Malaysian Integrated Medical Professional Association. Team ini merupakan sebuah organisasi yang dibentuk oleh pakar-pakar perubatan dalam pelbagai bidang yang bertujuan untuk memperkasakan masyarakat melalui mobilisasi masyarakat dalam membuat keputusan yang tepat berhubung dengan hal-hal kesihatan.




Saya telah menyertai TEAM ini dengan menjadi sukarelawan dalam membantu sebarang hal yang berkaitaan. Macam mana saya mengenali TEAM ini? pada mulanya seorang kawan saya yang bernama Charles Fung merupakan seorang ahli dalam MIMPA dan dia mengajak saya dan juga seorang lagi kawan kami Nezza untuk menyertai misi mereka ke Kg Sulit, Paitan. Kami merupakan sahabat baik seUniversiti.. Saya sebenarnya seorang yang suka membantu dan mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Peluang ini saya ambil untuk menimba pengalaman sebaik yang mungkin.

Pengalaman yang saya dapat sanggat berharga kerana berkesempatan menjadi salah satu ahli di dalam membantu penduduk kampung pendalaman yang begitu jauh dari kawasan bandar dan tidak mempunyai sebarang kemudahan kesihataan. Selain itu, penduduk di kampung itu juga serba kekurangan di mana masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air di zaman ini. Apa yang saya lihat, betapa ketinggalan jauhnya kehidupan mereka dari saya sendiri. Kehidupan mereka buat saya berfikir sejenak, rupa-rupanya sesusah-susahnya saya ada lagi orang yang lebih susah dan payah dari kehidupan saya sendiri.

Perjalanan ke Kg Sulit, Paitan sangat mencabar juga dengan keadaan jalan yang belum berturap dan berlubang-lupang. Misi kami ke Paitan, di anggotai seramai 12 orang sahaja dengan 3 kenderaan pacuaan 4 roda. Keadaan jalan yang begitu gelap, menyukarkan lagi perjalanan kami dengan berbekalkan hanya nota petunjuk ke tempat yang hendak kami tuju.


Sesampainya kami di kampung tersebut keadaan sudah gelap dan kami pun terus mempersiapkan diri untuk tidur malam di sebuah sekolah Tadika yang berhampiran dan juga ditempatkan khas untuk kami pada malam tersebut.


Keesokkan harinya, kami semua bangun pagi, mempersiapkan diri, berserapan dan membuat persediaan di sebuah Chapel Katolik, sebelum orang-orang kampung datang untuk meminta rawatan. Pada hari tersebut saya dapat melihat ramai orang kampung datang dari pelbagai kawasan, umur dan latarbelakang  yang cuba untuk meminta rawatan dari Doktor-Doktor Volunteers. Ada yang tua, muda juga kanak-kanak. Saya sempat beramah mesra dengan orang-orang yang berkunjung ke tempat kami dan juga bermain-main dengan kanak-kanak. Selain dari memberi perkhidamatan kesihatan team kami juga menyediakaan perkhidamatan mengunting rambut kepada penduduk kampung. Penduduk kampung sangat bergembira dengan kehadiran kami dan ada yang mengucapkan terima kasih berkali-kali. Di bawah saya akan perkongsikan gambar-gambar keadaan kami semasa misi ini dijalankan.





























Team kami sempat mengambil gambar bersama-sama sebelum balik. Kami juga sempat melawat kawasan yang menarik di Simpang mangayau sebelum kembali ke Kota Kinabalu.






















Gambar-gambar kenangan harus di simpan untuk tatapan pada masa akan datang.. Setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri dan bermakna kepada si pemilik.. Semakin lama usia gambar tersebut semakin bermaknalah nilai gambar tersebut.. Salam Sayang dari saya dahhh....

No comments:

Post a Comment