Monday, 30 October 2017

 BANGKEL MENGENDALIKAN KEM KANAK-KANAK
PEMBIMBING PMG outstasi menggatal/telipok/inanam/dmc

Hello! Salam damai saudara saudari yang seiman & terkasih dalam Kristus. Sudah lama tidak mengupdata blog ku akibat kesibokan melanda pelbagai perkara, bentuk dan benda pada diri ini. Beberapa pendeta pernah berkata bahawa kesibokan itu adalah salah satu cara dimana c syaitan itu bekerja untuk menjatuhkan dan mengalpakan kita dari terus mencari kebenaran Tuhan. Agak-agak si syaitan sudah bekerja di dalam diri ku kah, tidak mungkinkan sebab, aku mampu untuk mematahkan pekerjaannya dengan kesibukan memuji Tuhan bukannya dia. Syukur Puji Tuhan!



Holy Family Church, Telipok. 22 Sept 2017 ( Jumaat). Pada tarikh ini dengan pilihanNya, saya telah menyertai satu bengkel yang dikenali sebagai BANGKEL MENGENDALI KEM KANAK-KANAK yang telah di anjurkan oleh sub paroki Holy Family Church Telipok yang telah di kelolakan oleh Team Pelaksana Kem Kanak-kanak St.Cathrine Inanam.

Bangkel ini bertujuan untuk melatih pemimbing-pemimbing PMG, persediaa kem kanak-kanak mengikut kawasan, selain itu pemimbing calon penguatan dan juga IKD di kawasan masing-masing. Terdapat banyak game dan permainan yang bersesuaian dengan pelajaran-pelajaran dalam gereja di laksanakan. Aktiviti-aktiviti dan permainan bengkel lebih mengfokuskan pada sakramen-sakramen Gereja Katolik.  Bengkel sehari ini sanggat memenatkan dan juga sanggat menyeronokkan apabila kembali menjadi kanak-kanak untuk seharian. Menjadi kanak-kanak di saat umur sebegini bukanlah satu perkara yang mudah kerana tenaga semakin berkurangan dan tidak lagi seperti tenaga kanak-kanak yang sanggat aktif dan mampu melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang aktif serta perasaan kegembiraan tanpa putus-putus.

Jadual Bangkel sehari 22/09/2017..

Bangkel ini bermula pada jam 8.oopagi iaitu dimulakan dengan Pentahtaan Alkitab yang dibimbing oleh Sister Elizabeth.  Sister Elizabeth mengkongsikan bacaan injil pada hari tersebut yang dipetik dari Injil Lukas 8: 1-3. Dia juga berpesan apabila kita menjalankan kelas PMG, Biarlah anak-anak itu enjoy dan happy dalam pelajaran mereka setiap minggu agar mereka akan suka untuk menghadirkan diri dan belajar bersama-sama tanpa rasa takut atau kebosanan di dalam kelas yang membuatkan mereka tidak mempunyai minat untuk datang ke kelas minggu. 


Bacaan Injil Lukas 8:1-3 " Yesus berkeliling dari kota ke kota dan dari desa ke desa memberitakan Injil Kerajaan Allah. Kedua belas murid menyertai Dia, dan juga beberapa wanita yang telah disembuhkan-Nya dari roh-roh jahat serta berbagai macam penyakit, selalu menyertai Dia. Para wanita itu ialah Maria yang disebut Magdalena, yang telah dibebaskan dari tujuh setan; Yohana, isteri Khuza, bendahara Herodes, Susana dan masih banyak lagi yang lain. Wanita-wanita itu melayani seluruh rombongan dengan harta kekayaan mereka". Demikianlah Injil Tuhan.







Aktiviti-Aktiviti 

Sesi 1 - Sakrame Pembatisan
1) Pilih dan Padan Simbol-simbol dalam Pembaptisan
2) Puzzle Pembatisan














Sesi 2 - Sakramen Pengakuan
1) Susun Gambar Berdasarkan Cerita dalam Alkitab ( Lukas 15:11-24 - Kisah anak yang hilang)
2) Lukis di kertas Bentuk Tangan dan Jawab 5 soalan (5 langkah untuk pengakuan)
3) Susun Ayat (Setiap ahli di beri 1 perkatan dan susun jadikan ayat di dalam kumpulan)
4) Kongsikan persoalan-persoalan yang diajukan berkaitan sakramen pengakuan














Sesi 3 - Sakramen Ekaristi
1) Holy Eucharist Treasure Hunt (Mencari Harta Karun)
2) Kad nasib dan buah dadu
















Sesi 4 - Sakramen Penguatan
1) Belon Roh Kudus
2) Silang Kata Roh Kudus
3) Burung Roh Kudus

Sesi 4 aktiviti pertama kami diberi satu sampu surat yang berisi satu soalan mengenai maksud salah satu karuniah Roh Kudus, kemudiannya kami dikehendaki mengenalpasti karunia Roh Kudus berdasarkan maksud yang telah di berikan. Apabila ahli kumpulan sudah mengenal pasti mereka di kehendaki berlari ke hadapan untuk mengambil belon mengikut huruf-huruf karunia Roh Kudus yang telah di pilih. Belon di tiup dan di tulis huruf-hurufnya serta setiap anggota kumpulan berbaris dan menyusun belon-belon tersebut mengikut urutan huruf bagi jawapan karunia roh kudus tersebut.



Sesi 4 aktiviti kedua kami di beri bahan-bahan untuk membuat seekor burung merpati dengan 7 karunia Roh Kudus di bawahnya. Ini merupakan lambang sakramen penguatan dengan anugerah 7 karunia Roh Kudus akan diberikan kepada setiap calon penguatan setelah mereka di beri sakramen karisma. Burung merpati merupakan lambang Roh Kudus seperti yang berlaku semasa Yesus dibaptiskan oleh Yohanes di sungai Yordan, Roh Allah turun kepadanya dalam bentuk burung merpati yang di saksikan sendiri oleh Yohanes. Cara-cara membuatnya sanggat mudah dengan menggunakan sekeping piring kertas. Piring kertas tersebut akan dipotong menjadi badan dan kepak. Raben akan digunakan untuk melekatkan 7 kertas kecil yang di tulis setiap karunia-karunia Roh Kudus yang di bawa oleh burung merpati tersebut. Setiap orang di beri masa dalam 30minit untuk menghias dan mengdekorasikan burung-burung merpati mereka masing-masing.













Pembantangan Hasil Perbincangan Pelaksanaan Kem Kanak-Kanak

Sesi terakhir setiap kumpulan diberi tugas untuk membincangkan perancangan Bengkel Kem masing-masing mengikut kumpulan masing-masing. Kami yang terdiri dari 10 orang ahli memilih untuk melaksanakan sebuah Rekoleksi untuk kanak-kanak calon komuni pertama. Dalam perbincangan kami banyak element-element yang penting kami masukkan terutamanya Tarikh rekoleksi, Tempat pilihan kami, Masa, Tema, Badget dan Sasaran utama Rekoleksi kami. Selepas selesai perbincangan kami membentangkan hasil kerja kami dengan jayanya..










Selama bangkel ini banyak yang saya pelajari dari mereka semua. Terutama sekali tentang mengasihi. Walau pun banyak yang saya tidak kenal tetapi sangat jelas, selepas beberapa minit sahaja berada di dalam bangkel ini saya dapat menganali mereka semua dan merasakan sudah lama mengenali mereka semua. Aktivi-aktiviti mereka sangat menarik dan boleh di aplikasikan di dalam kelas saya juga. Setiap aktiviti dan permainan mereka sanggat bermakna bukan sahaja menghiburkan tetapi juga banyak memberi pengajaran serta boleh menjadi satu titik bagaimana untuk memahami sesuatu konsep dalam gereja dengan lebih jelas. Antara aktiviti kegemaran saya adalah mencari harta karun. Setiap kami secara bergilir-gilir berlari menujuh sebuah kawasan pencarian secara berdua-duan di dalam kumpulan untuk mencari benda yang kehendaki di dalam permainan. Setiap ahli dapat saya lihat berlari dan mencari dengan sungguh-sungguh serta bantu membantu antara yang lain serta mengujudkan suasana menjadi riuh rendah.

Pengalaman seumpama ini sangat berharga di samping kita dapat mengenali orang-orang baru di dalam kehidupan kerohanian gereja kita serta pengalaman dan juga maklumat-maklumat yang diperolehi perlu di kongsikan bersama-sama pada masa akan datang. Tuhan berfirman di dalam Matius 10:6-7 " Melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel. Pergilah dan beritakanlah: Kerajaan Sorga sudah dekat". Nah, marilah kita beritakan kabar gembira ini kepada anak-anak di luar sana melalui permainan-permainan atau aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh membantu mereka lebih memahami bukan sahaja membantu utuk menyebarkan pelajaran-pelajaran gereja malah menyeronokkan.... Dari kaedah ini akan memupuk minat mereka untuk mengenal Juruselamat kita iaitu Yesus Kristus dengan lebih mendalam...
Dia Lah Raja Dan Berkuasa untuk Selama-lamanya...

Sampai di sini perkongsian saya untuk hari ini...

Salam sayang dari saya.. Tuhan memberkati kita semua..


Sunday, 29 October 2017

Triduum Pentakosta


TRIDUUM PENTAKOSTA



Secret Heart Church, Kota Kinabalu. 1hb - 4hb June 2017. Majlis Paroki Katedral Sacred Heart bersama-sama dengan semua kumpulan pembaharuan di Sacred Heart telah menganjurkan acara untuk meraihkan ulang tahun ke-50 permulaan Pembaharuan Karismatik di Gereja Katolik yang bermula pada "Duquesne Weekend pada 17-19-19 Februari 1967. Sejak itu, lebih dari 120 juta orang umat Katolik dalam perkumpulan CCR "Pembaruan Karismatik Katolik" di seluruh dunia telah mengalami pembatisan Roh Kudus yang sungguh hebat.. Puji Tuhan..

Umat Katolik negeri Sabah amnya sanggat teruja menyambut Pesta Kedatangan Roh Tuhan termasuk saya sendiri, lebih-lebih lagi bersama Wakil Sri Paus ke Malaysia, Duta Vantikan iaitu Uskup Agung Joseph Marino yang turut merayakan Misa Kudus bersama Ketua Keuskupan Agong Kota Kinabalu, Uskup Agong John Wong pada hari minggu bersamaan 4 June 2017.


Dalam ucapannya, Uskup Agong Joseph Marina menyeru semua umat terlibat dalam pelayanan CCR agar sentiasa memperbaruhi komitmen mereka untuk menjadi utusan-utusan damai Tuhan dan menjadi misionari Yesus yang berbelas kasih serta tabah menghadapi pelbagai rintangan di dalam pelayanan mereka.

Uskup Agong Joseph banyak memetik pesan Sri Paus Fransiskus dari Ensiklik Sukacita Injil di mana Bapa Suci menekankan kekuatan Roh Kudus dan sikap berandal kepada Tuhan dalam meneruskan karya-karya penyelamatan Tuhan di bumi serta membahagi-bahagikan Khabar Sukacita kepada mereka yang terpinggir, terabai, golongan minoriti dan miskin.

Perayaan ulang tahun ini dimulakan dengan tridum dalam 3 bahasa dan diakhiri dengan sebuah Rally pada Hari Minggu Pentekosta, 4 Jun 2017.

Semperna Triduum terdapat banyak sesi-sesi ceramah disampaikan dalam penyampaian 3 bentuk bahasa, dengan tempat yang berbeza. Ceramah-ceramah tersebut menyentuh beberapa tajuk seperti Kasih Penyalamatan Tuhan, Penyembuhan Batin, Karunia Bapa: Roh Kudus, Roh Kudus Mendamaikan dan Menyembuhkan serta Roh Kudus Memperkuatkan.

Sesi dalam bahasa Inggeris dikendalikan oleh Sdr Jude Antoine dari Kuala Lumpur pada Uskup Bernard Paul dari Keuskupan Melaka-Johor pada 3 Jun di Gereja Mary Immaculate, Bukit Padang. Sesi dalam bahasa Melayu disampaikan oleh Sdr Joseph Masri dari Indonesia dan Sdr Maurice Awit dari Kota Kinabalu di adakan di Pusat Paroke Hati Kudus, KK dan Mandarin pula dikendalikan oleh Fr Anthony Heng CDD dari Melaka juga di adakan di Pusat Paroke Hati Kudus, Kk. Labih kurang 200 peserta menyertai sesi bahasa Mandarin dan 700 peserta mengikuti sesi bahasa Malaysia.

Pada hari Pentakosta, semua peserta dari tiga bahasa berhimpun di Pusat Paroke Hati Kudus, KK bersama Uskup Agung John Wong dan Uskup Agung Joseph Marino. Ia dimulakan dengan sesi pujian dan penyembahaan dalam tiga bahasa yang diketuai oleh pelbagai kumpulan belia. Diikuti sesi sejarah pertumbuhan pelayanan CCR di Sabah dan bagaimana jutaan jiwa di seluruh dunia disentuh melalui komuniti-komuniti konvenan dan pelayanan pembaruan Karismatik.

Kemuncak perayaan ialah Misa Kudus Pentekosta pada 4 Jun yang dipimpin oleh Uskup Agung John Wong. Turut menyertai prelatus, di altar Nunsio Uskup Agung Joseph Marino, Uskup Agung Emeritus John Lee, Fr Mitchelly Kiun, Fr Max Hontor dan Fr Joshwa Liew.

Dalam khutbahnya, Uskup Agung John Wong menjelaskan bagaimana Roh mengubah para rasul yang ketakutan ditangkap oleh askar-askar Roma berubah menjadi orang-orang yang berani, beriman dan berkobar-kobar dalam mewartakan sukacita kebangkitan dan penyalamatan Kristus.

Prelatus menyeruh para pelayan CCR bahawa Roh Kudus yang mentransformasi para rasul Yesus itu juga akan melakukan perkara yang sama pada kumpulan-kumpulan CCR jika mereka membukakan hati mereka seluas-luasnya untuk disentuh, dipakai dan diubah oleh Roh Kudus.

Perkongsian Gambar-Gambar  semasa Triduum Pentakosta dan Pentakosta Rally yang sempat saya ambil. Bersama Keluarga Kumpulan Pendoa Syfaat Kerahiman Ilahi dan Keluarga Kumpulan CCR (BM) Holy Family Church,Telipok.

 






















Puji Tuhan !!!    Alleluiah !!!



Refference:-

http://www.secredheartcathedralkk.org/news-events/pentecost-triduum/
http://www.heraldmalaysia.com/news/wakil-sri-paus-raya-pentakosta-dengan-umat-kk/36843/7