Tuesday, 25 July 2017
Monday, 17 July 2017
Seminar Hidup Baru Dalam Roh
Gereja St. Catherine, Inanam, 07hb, 08hb & 09hb July 2017. Pada minggu yang lepas, Paroke St. Catherine telah
mengelolakan satu seminar hidup baru dalam roh. Pihak Paroke juga mengwajibkan semua
calon penguatan untuk sesi 2017 adalah wajib untuk menyertai seminar tersebut.
17 orang peserta ataupun calon penguatan dari Gereja Divine Mercy, KKIP turut
mengambil bahagian. Apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah bagaimana
rencana Tuhan itu bekerja sehingga saya turut menyertai seminar ini hingga ke penghujung.
Saya sebagai pemimbing, pada mulanya hanya berniat untuk menjadi pengiring bagi peserta ini
di lokasi seminar dan datang hanya untuk mengambil kehadiran dan memastikan
setiap calon mengikuti seminar ini sehingga ke pengujungnya. Hari pertama saya
menyertai misa pembukaan yang telah di celebrantkan oleh Fr.David Sham yang
bermula dari jam7.30pm sehingga 9.30pm. Pada keesokkan harinya pula saya datang
lagi untuk memerhatikan kehadiran mereka
dan sempat untuk mendengar sesi yang pertama bersama Brother Jude Antoine. Sesi pertama yang bertajuk "Cinta Kasih Tuhan" membuatkan hati dan
minda saya tertarik dengan cara penyampaian Brother Jude Antoine yang di terbangkan khas dari
Seberang, Kuala Lumpur. Cara beliau mengendalikan sesi dan cara beliau
menerangkan sesuatu hal dengan pelbagai gaya dan cara membuatkan hati saya
tertarik dan mengatakan lagi nak lagi sehinggalah saya terus-menerus mengikuti
sesi beliau.
Selain itu, rencana Tuhan itu indah dan murah hati. Saya
sebenarnya mengikuti seminar tersebut secara haram (bolehlah dikatakan sebab
tidak berbayar). Saya tidak mendafter secara rasmi kerana tiada niat ingin
menyertai pun, tetapi sepanjang seminar saya juga tidak berlapar kerana banyak
anak-anak Tuhan yang bermurah hati yang menderma dan berkongsi dengan saya,Terima Kasih anak-anak Tuhan yang bermurah hati, Syukur Puji Tuhan.... Engkau mewarnai rencana-Mu dengan begitu indah dan berwarna-warni sesuai dengan kehendak-Mu...
Sepanjang Seminar tersebut, kami sempat bercerita, berkongsi
dan memberi pandangan antara satu sama yang lain di dalam kumpulan kecil kami,
yang kami sentiasa percaya Tuhan sentiasa ada bersama-sama kami, menjamah kami, menyembuhkan kami, mengampuni kami, menganugerahkan kami karunia Roh Kudusnya pada kami dan rencana
Tuhan itu Indah…..
Gambar-Gambar kenangan
Semasa seminar ini, saya mengenali seorang lagi santo muda yang sanggup mati kerana Yesus Kristus. Jose Sanchez del Rio seorang Mexico, berumur 14 tahun dan mati pada Febuary 10, 1928.
Jose tinggal di Mexico semasa penganiayaan yang serius terhadap Gereja Katolik dari Kerajaan Mexico. Dia mahu menyertai pasukan pemberontak supaya dia dapat berpeluang untuk memberikan hidupnya kepada Yesus dan, dengan kata-katanya, "pergi ke Syurga dengan mudah." Jose menjadi seorang pembawa bendera untuk pasukan pemberontak Katolik dan ditawan semasa pertempuran. Panglima musuh menuntut agar Jose menafikan imannya di bawah ancaman kematian malahan Jose enggan. Dia terpaksa menyaksikan kematian orang Katolik yang lain dengan harapan dapat menakut-nakutkannya untuk menolak kepercayaannya. Sebaliknya, Jose menggalakkan lelaki itu dan berkata mereka akan bertemu lagi di syurga. Dalam kekecewaan, komander memotong bahagian bawah kaki Jose dan membawanya berkeliling tanpa kulit kaki di luar. Jika dia tidak berjalan dengan pantas, mereka akan menendangnya dengan parang. Ketika mereka memimpin dia, mereka memberitahunya bahawa semua penyiksaan akan berakhir dan hidupnya akan terhindar apabila dia mengatakan 5 perkataan iaitu, "Kematian kepada Raja Kristus". Jose menjawab, "Saya tidak akan pernah, Hidup Kristus Raja". Kemudian Jose dipandu ke kubur terbuka dan ditikam dengan bayonet. Ketika ia diletakkan di atas tanah untuk mati sebelum pegawai komando menembak dia, dia mempunyai kekuatan yang cukup untuk membuat salib di tanah daripada darahnya sendiri dan menciumnya. Dia memilih kematian yang menyakitkan dan bukannya 5 perkataan mudah untuk terus hidup...
VIVA CHRITO REY!!!
Salam Kasih dari saya...

Subscribe to:
Posts (Atom)